Monday, June 4, 2012


Apa itu Habbatus Sauda?
Dikenali dengan nama saintifiknya, Nigella Sativa, Habbatus Sauda telah ditemui dan digunakan sejak beberapa abad yang lalu di Asia Barat, Timur Tengah, Africa dan Asia Selatan lebih dari 2000 tahun yang lalu. Ia telah digunakan secara tradisional oleh orang-orang Syria, Mesir purba and juga orang-orang Roman sebagai bahan ramuan kepada beberapa rawatan dan berbagai jenis penyakit dan juga untuk penjagaan kecantikan kulit dan rambut.
Dipercayai berasal di kawasan Mediteranean, tumbuhan herba tersebut dan bijinya, habbatus sauda dikenali juga dengan nama lain, berbeza antara tempat dan bahasa. Ia juga dikenali sebagai Black Cumin, Black Seed, Black Caraway Seed, Habbatul Barakah, Shonaiz (Parsi), Hei Zhong Cao (Cina), Kalonji (Hindi), Jintan Hitam (Melayu) dan banyak nama-nama lain di Eropah Barat dan Timur. Kebanyakan tumbuhan ini diusahakan di Saudi Arabia, Afrika Utara and kawasan Asia.
Bahan rujukan bertulis yang terawal mengenai  Habbatus Sauda, telah ditemui dalam Injil  “Old Testament” dan dinamakan sebagai ketsah dalam bahasa Hebrew. Seorang ahli perubatan Greek abad pertama telah merekodkan bahawa Habbatus Sauda telah digunakan untuk merawat sakit kepala, hidung tersumbat, sakit gigi, cacing perut dan juga sebagai durektik untuk memperbetulkan perjalanan haid and menambah susu badan ibu.  
Sebenarnya, Habbatus Sauda adalah ubat penyembuh sepertimana yang telah  disyorkan oleh Nabi Junjungan kita, Muhammad SAW  lebih 1,400 tahun yang lalu. Dalam salah satu hadith riwayat Abu Hurairah r.a., baginda bersabda, ertinya, “Pada al-Habbah al-Sawda terdapat ubat segala penyakit, kecuali al-Sam atau mati” (Sahih Bukhari  Muslim).
Ibnu Sina (980-1037), yang terkenal dengan nashkahnya, “The Canon of Medicine”, yang mana dianggap sebagai buku yang paling terkenal dalam sejarah perubatan samada di Barat atau Timur, merujuk kepada Habbatus Sauda sebagai biji “yang mempertingkatkan tenaga badan dan membantu dalam memulihkan kelesuan dan lemah semangat”




No comments:

Post a Comment